AMARAN KATEGORI PERTAMA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
| Kemaskini:
Ribut Tropika Kuat (BOPHA) dikesan pada Latitud 15.4 U dan Longitud 116.0 T, pada jam 08:00 malam 7 Disember 2012, kira-kira 946 km ke Barat Laut Kudat, Sabah dan bergerak ke arah Utara dengan anggaran kelajuan 15km/j.
Sehubungan dengan itu:
SEKSYEN A: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak (Miri), WP Labuan, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan dan Sulu dijangka berterusan sehingga Isnin, 10 Disember 2012.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
SEKSYEN B: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini
Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Kedah, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak(Kuching, Mukah & Bintulu), WP Labuan & Sabah(Pedalaman, Pantai Barat & Kudat) dijangka berterusan sehingga sebelum subuh, Sabtu, 8 Disember 2012.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan